pas for all

Wednesday 19 March 2014

Anak Muda Tolak Konsert Liar

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar pembaca sekalian? (budget ada yang baca jer)

Baru-baru ni negara kita yang tercinta gempar dengan kematian anak muda di konsert tertutup di Bukit Jalil.

Tidak habis pasal MH370, timbul pula mengenai perkara yang dahsyat ni bagi pandangan saya.

Konsert tertutup ni orang biasa-biasa takkan tahu sekiranya dia seorang yang memang terhindar daripada perkara sosial begini.

Kesemua rakan-rakan yang ditanya mengenai konsert ini tidak tahu akan kewujudan konsert ini di Malaysia, hanya tahu setelah Allah nak tunjukkan apa yang berlaku di sebalik kejadian. Allahurabbi, Allah Maha Besar.

Dengan kuasa Allah, konsert yang tertutup terus jadi terbuka.

Anak muda sebeginikah yang kita banggakan. Bukalah mata wahai pemimpinku yang memerintah Malaysia kini. Inikah negara aman yang diwar-warkan.

Kemudian, dikejutkan pula dengan konsert Life In Color Malaysia yang akan diadakan di Sepang.

Alhamdulillah, konsert tersebut dibatalkan...

Anak muda semua, bangkitlah kerana kita yang akan memerintah pada masa akan datang insyaAllah.

Harapnya, fahamlah apa yang hendak disampaikan walaupun rasa macam terabur dan serabut.

Penulisan ini hanya untuk diri sendiri

Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment