pas for all

Thursday 29 December 2011

BERSAHABAT kerana ALLAH

KENAPA KITA PERLU BERSAHABAT?
KERANA
SAHABAT SEJATI IALAH SAHABAT YANG DAPAT
 MENGHARUNGI KESUSAHAN DAN KESENANGAN BERSAMA

DI DALAM PERJUANGAN KITA MEMERLUKAN SAHABAT
TANPA SAHABAT KITA AKAN JATUH
 KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH 
BERKASIH SAYANG
BENCI 
SEMUA KERANA ALLAH


Sunday 25 December 2011

kesedaran

bismillahirrahmanirrahim

diri ini masih dalam keadaan yang tidak terkawal, masih dalam keadaan yang tidak sedar akan perkara yang berlaku....
diri ini sedar akan kelemahan diri tapi masih tak nak berubah...
merasakan diri ini tidak mempunyai sokongan daripada sesiapa pun...
tidak ada langsung orang yang memahami diri ini...
hanya menyusahkan orang j tau... masih dalam awangan..
siapa yang sebenarnya dapat menolong diri ini???
dalam kepala dah tertulis( pergantungan pada ALLAH yang terutama)
tapi diri ini masih juga lalai dalam beramal kepadaNYA
merasakan berada dalam dosa sentiasa.. ya ALLAH bantulah hamba yang lemah ini...
seperti tidak tahan lagi menghadapi.... diberi peluang tapi tidak dihargai....
sepi...........

Thursday 24 November 2011

TENTANG CINTA

Dimulakan dengan basmalah...

menarik betul kuliah TANYALAH USTAZ bulan ini dengan tajuk 'tentang cinta'
fenomena biasa yang terjadi dalam kalangan anak muda zaman sekarang ni
ber'couple' perkara biasa yang terjadi walhal budak sekolah rendah sekarang pun dan berpasangan berlainan jantina..hehe memang la berlainan nanti lain pula jadinya
 kita jangan sekali-kali meluahkan perasaan suka atau sayang itu dekat siapa-siapa pun kerna ia hanya akan membuatkan kita lebih menaruh perasaan terhadap orang tersebut
jadi kita perlu menahannya dengan penuh DISIPLIN itu yang penting sebenarnya
nak melupakan perasaan tersebut kita hendaklah menyibukkan diri kita dengan kerja-kerja atau sentiasa mendekatkan diri dengan orang yang soleh atau juga menghadiri majlis-majlis ilmu supaya kita lebih tenang
selain itu, kita juga berpuasa bagi menahan nafsu daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah

lagi satu, kalau kita dah memang nak berkahwin kita mestilah nak restu daripada kedua ibu bapa kita
jadi kita perlu melakukan perkara yang dapat meyakinkan mereka yang kita ni dah layak untuk mendirikan masjid (baitul muslim), ini tidak bangun subuh pun dah gajah nak kahwin apa cer
selain itu, lengkapkan diri kita dulu dengan ilmu kerna itu yang penting
paling utama pelihara AGAMA kita

WALLAHUA'LAM

Thursday 20 October 2011

KEKUATAN

bismillahirrohmanirrohim

exam dah nak dekat tapi masih tak ready or revise subjects yang masuk exam
macam mane ni???

nak cakap tak cukup waktu, rasanya cukup tapi diri sendiri yang malas nak revise...
macam mane ni????

kawan-kawan semua dah ready, pergi ziarah diorang dekat bilik semua tengah baca buku....tekun semua...diri ni jealous tengok kadang-kadang buat diri ni tertekan dengan sibuk kita, tapi kawan-kawan lain dapat tumpu ke buku kita pergi meeting
macam mane ni?????

jumpa kakak senior cakap kita tak belajar lagi, dia cakap walau sibuk mana pun kena curi masa untuk study juga, curi baca nota....tapi diri ni macam tak reti nak buat benda lain kalau dah tumpu sesuatu kerja
macam mane ni??????

mohonlah KEKUATAN dari ALLAH untuk menyelesaikan segalanya, kembali balik kepada ALLAH kerana  DIA sahaja yang dapat membantu kita dengan syarat kita kena bersungguh-sungguh dan IKHLAS dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan......mengadulah pada PENCIPTA kita kembali.....

This video is so cool!

This video is so cool!

Tuesday 30 August 2011

HARI RAYA

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua umat Islam
Ramadhan telah meninggalkan kita dan Syawal hadir bagi menggembirakan kita
semoga amalan kita masih dapat dikekalkan dan dipertingkatkan
INSYAALAH

Jangan lupa puasa 6 
seumpama kita berpuasa 1 tahun
wow, nak puasa 30 hari pun susah nak puasa 1 tahun
SUBHANALLAH
ALLAH itu Maha Adil
Mengetahui akan kemampuan hambaNYA


Wednesday 10 August 2011

KEKUATAN

YA ALLAH KAU CAMPAKKANLAH SEDIKIT KEKUATANMU KEPADA HAMBAMU YANG LEMAH LAGI HINA INI


AGAR HAMBAMU DAPAT ISTIQAMAH DALAM MELAKSANAKAN PERINTAHMU, MEMOHON KEAMPUNAN DARIMU PADA MALAM HARI YA ALLAH DENGAN SEDIKIT KEKUATAN YANG ENGKAU CAMPAKKAN YA ALLAH


DAN JUGA KAU BERILAH KEKUATAN BAGI MENGAWAL NAFSU YANG SENTIASA BERLEBIH LEBIHAN YA ALLAH DI DALAM BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI


SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN APA PUN KECUALI DENGAN IZINMU DAN JUGA KEKUATAN DARIMU YA ALLAH


AMPUNKANLAH DOSA-DOSA HAMBUMU  YA ALLAH..
YA ALLAH, HAMBAMU MOHON PADAMU YA ALLAH..
ENGKAULAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH YA ALLAH..


YA ALLAH..YA ALLAH.. YA ALLAH..









Thursday 12 May 2011

BAITUL QURRA'

ALHAMDULILLAH

bersyukur tak terhingga kerana dapat juga menghabiskan kitab di pondok
sesuatu yang tak pernah di fikir akal akan mengaji di pondok
bersama rakan-rakan yang lain mendalami dengan lebih mendalam kitab safinatun najah fi ilmil fiqh di pondok
USTAZ SYAUQI BIN ISMAIL merupakan seorang mua'llim di BAITUL QURRA'

 pengajarannya ALHAMDULILLAH dapat diperolehi walaupun hanya seminggu di sini
cara ajarannya yang menarik, membuatkan seronok untuk belajar
walaupun penat

ALHAMDULILLAH

dapat juga selesan kitab panduan sifat 20 puluh
oleh USTAZ ZULKIFLI BIN ISMAIL
hanya beberapa hari mendalami ilmu dengan ustaz
tapi ALHAMDULILLAH dapat juga walaupun sedikit

ustaz seorang yang baik hati tetapi tegas
bersungguh dalam menyampaikan ilmu

INSYAALLAH 

akan bersambung dengan pelajaran yang dituntut dalam pondok





Thursday 10 March 2011

anak buah pertama, cucu pertama, cicit pertama

itulah munib
seorang bayi yang lahir untuk mujahid yang berani dan berakhlak soleh
INSYAALLAH

semoga dengan kelahiran munib dapat menjadikan keluargaku lebih berharga
INSYAALLAH

akan juga menegakkan ISLAM dengan semangat yang tinggi 
INSYAALLAH

dapat melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA
INSYAALLAH

semua yang kita hendak lakukan, diikutilah dengan 
INSYAALLAH

mulakanlah pekerjaan dengan 
BISMILLAH

diakhiri dengan
ALHAMDULILLAH