pas for all

Friday 20 July 2012

ramadhan kareem

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana insyaALLAH ramadhan bakal menjelma lagi. 
diri ini merasakan masih terawang-awangan untuk menghadapi ramadhan kali ini. 
ya ALLAH, kau tetapkanlah hati ini yang serba gundah gulana ya ALLAH. 
mengharapkan perhatian daripada MU terhadap diri yang serba hina ini ya ALLAH. 
bersihkan hati ini daripada takabbur, riak, 'ujub, hasad dengki, dendam, iri hati dan sangkaan buruk ya 
ALLAH. 

terangkan hati yang lemah ini ya ALLAH. 
kuatkan diri ini ya ALLAH dalam segala perjuangan untuk mendapat redhaMU ya ALLAH.
wallahua'lam

Wednesday 4 January 2012

ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS Az-Zumar, 39:53]

Sahutlah peluang yang telah Allah kurniakan kepada kita.

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan mengaiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS An-Nisa', 4:110]

Teruskan rendahkan hati kita dengan memohon ampun kepada Allah.

"Demi Allah, sesungguhnya saya itu memohon keampunan kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari 70 kali." [HR Bukhari]

"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripada-Nya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari (sebanyak) 100 kali." [HR Muslim]

Sedangkan Baginda sendiri yang Maksum begitu aktif, apatah lagi kita yang lemah lagi hina yang banyak melakukan dosa.

Peringatan bersama, Wallahua'lam.