pas for all

Sunday 20 December 2015

4-E yang perlu dibuang

Assalamualaikum wbt

4-E yang perlu dibuang adalah
E-go
E-nteng
E-nak
E-mosi

Untuk menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat 4-E ini wajar dibuang atau dikawal sebaiknya.


Friday 23 October 2015

Tadika ABS Lembah Keramat

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi Allah semua.

Bagi ibubapa yang mencari prasekolah bagi anak-anak berumur 4,5&6 tahun boleh mendaftar di Tadika ABS Lembah Keramat.

Tadika ini beroperasi 2016, insyaAllah segala kemudahan yang disediakan amatlah selesa dan keselamatan premis terjamin insyaAllah.

Tadika ABS ini menggunakan teknik nabi bagi mendidik anak-anak. Alhamdulillah.
InsyaAllah akan melahirkan anak-anak yang Aktif . Bijak . Santun

Jemput like page www.facebook.com/tadikaabslembahkeramat
www.tadikaabslembahkeramat.blogspot.my


Wednesday 12 August 2015

Syukur

Diri ini selalu lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah bagi. Sekecik-kecik perkara kita selalu tak sedar bahawa ia merupakan nikmat yang Allah bagi. Walhal nikmat menaip ini juga Allah yang bagi. 

Duduk di wakaf tepi jalan sepanjang kawasan industri keramat ni pun dah ada pelbagai nikmat yang wajib kita syukuri. 

Kita banyak sangat mengeluh, resah dan alasan dalam hidup. Itu yang membuat hidup kita tidak tenang dan terumbang ambing. 

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku dengan perintahMu. Kau kurniakanlah aku nikmat ketenangan dalam jiwa ini. Lapangkanlah mindaku. Sentiasalah tunjukkan aku jalan yang lurus iaitu jalan yang kau redhai.

Baca buku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahirabbila'lamin segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahua'laihiwasallam.

Sekarang Syahidah tengah baca buku Saiful Nang, Kisah Orang Menang. Tengah baca, belum habis baca lagi. 
Buku ni bagi Syahidah adalah buku yang tak rugi untuk dibaca. Sebenarnya buku apa pun tak rugi untuk dibaca. Tapi buku ni seronok untuk dibaca.
Syahidah jenis x leh lama dengan buku yang kurang seronok. Adohai susah betul. Hihi 
Saranannya bacalah buku ni walaupun diri sendiri belum habis baca haha.

p/s: Dont think about what others talk bad about you. Just do whatever you want to do after you pray to Allah. 

Wednesday 18 March 2015

KARIER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN SELURUH ALAM INI

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA SAW



KARIER SEKARANG

ADMIN DI PASTI MUHAMMAD AL-FATEH KG. BARU KL

https://www.facebook.com/PASTIMuhammadAlfatehKgBaruKL

SETIAUSAHA DI GH MANAGEMENT SOLUTIONS SDN BHD

BEKERJA DENGAN JEMAAH PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

BISNES ONLINE - MANAGER AT JEANS BUDDIEZ
JUAL DENIM SKIRT

https://www.facebook.com/jeansbuddiez.denimskirt

IG SHOP : @JEANSBUDDIEZ_DENIMSKIRT

http://jeansbuddiez.blogspot.com/


Mengenai kerjaya ni, ramai yang cari kerja untuk cari duit semata.

Kumpul duit banyak-banyak lepas tu enjoy.

Tapi bukan semua orang macam tu. 

Kita kena ingat mengingati sesama kita agar setiap apa yang kita lakukan hendaklah balik kepada Sang Pencipta iaitu ALLAH

Sekian, Terima Kasih

Monday 26 January 2015

Selawat





Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW

Diri kita sering terlupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Ia kerana kita tidak menjadikannya rutin harian untuk berselawat

Sekiranya kita tahu kelebihan berselawat ke atas junjungan kita pasti kita akan sentiasa berselawat

Yeke?? Kadang-kadang kita dah tahu kelebihan sesuatu amal pun masih susah untuk dilaksanakan

Kenapa ye??

Kerana kita masih tidak meletakkan Allah dan Rasul sebagai yang utama

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad

Astaghfirullahala'zim

Apabila kita SEKALI berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, SEPULUH kali Allah berselawat kepada kita

Hadith Sahih:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." [Sahih Muslim-0408]

Mari sama-sama kita berusaha selawat sebanyak mungkin kepada Nabi Muhammad SAW

Kelebihan berselawat:

https://albakriah.wordpress.com/2014/01/12/hadis-sohih-kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-muhammad-s-a-w/