pas for all

Wednesday 20 November 2013

Muhasabah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. 2 nikmat ini sering kali dilupai oleh manusia, nikmat yang sangat besar Allah beri kepada kita untuk beribadah kepadaNya dengan penuh senang hati. Kita sering kali lalai untuk mengisi dua nikmat ini dengan perkara yang berfaedah. Kita penuhi nikmat ini dengan perkara yang tidak berfaedah seperti melayari laman sosial, bersembang, menonton televisyen dan lain-lain. 
Apabila Allah tarik balik salah satu nikmat ini atau kedua-duanya sekali, kita akan merungut dan menyalahkan orang lain atas kesusahan yang menimpa. Kita akan mencipta pelbagai alasan untuk melakukan ibadah kepada Allah. Betapa tidak bersyukurnya kita terhadap apa yang Allah telah kurniakan. Allah ingin menghapuskan dosa kita atas kesakitan yang diberi. Dosa yang kita lakukan ketika 2 nikmat ini dikurniakan kepada kita. Kita perlu bersabar di atas kesakitan yang Allah timpakan ke atas diri kita. 
Kita perlu sentiasa muhasabah apa yang telah kita lakukan sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang bulan atau berapa lama kita telah hidup. Apa yang telah kita lakukan, adakah segala perbuatan kita mendapat keredhaan daripadaNya.
Allahurabbi. Ampunkan segala dosa yang telah diri ini lakukan. Diri ini serba kekurangan, lemah lagi hina ya Allah. Ampunkanlah ya Allah.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

ولاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Saturday 26 October 2013

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah 3x
Bersyukur kita kepada yang Maha Esa atas nikmat Iman Islam yang kite masih kecapi

Dah lama tak post dekat blog ni
Mulut sentiasa mengatakan diri ini sibuk dengan urusan yang tidak akan selesai sehingga akhir hayat iaitu Perjuangan
Tetapi sebenarnya diri ini menipu diri sendiri dengan mengatakan demikian
Mencari alasan yang baik untuk menutup keburukan diri
Diri ini yang tidak tahu untuk menguruskan segala urusan dengan teratur
Sentiasa melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu semata-mata
Ya Allah betapa berdosanya diri ini
Seorang kakak yang satu kelas sentiasa ingatkan diri ini bahawa setiap amal kebaikan yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh adalah ibadah
Tetapi diri ini sentiasa alpa dan leka
Mencari alasan untuk melepaskan diri

Ya Allah!! Kau kuatkanlah diri ini agar tidak tergelincir dari jalan yang telah Engkau tetapkan
Hati ini sentiasa berbolak balik dalam melaksankan segala sesuatu
Diri ini lemah saat duduk berseorangan tanpa teman yang sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepadaMU Ya Allah
Kurniakan diri ini kesabaran dan kekuatan dalam mengawal hawa nafsu dan nafsu amarah Ya Allah

Alhamdulillah 3x

Luahan hati yang diri ini sahaja yang mengerti

Saturday 18 May 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T

Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W

Sekadar renungan bersama...



Saturday 5 January 2013

KEMATIAN

Tazkirah pendek antara maghrib dan isyak

Bagusnya masih ada dalam kalangan ahli geng surau A yang berfikir mengenai 'adakah kita dapat rasa kematian kita bakal memanggil' daripada pertanyaan itulah yang mencetuskan tajuk 'kematian'. Selain itu, ada  juga yang timbulkan terdapatnya tanda-tanda bagi mereka yang menghampiri kematian tetapi hanya dapat dilihat oleh mereka yang tertentu yang diberi izin oleh Allah seperti alim ulama. Beruntungnya mereka ada juga yang Allah beri petunjuk untuk kita kembali sedar dan berpatah balik ke jalan yang mendekatkan diri dengan Allah Yang Maha Mengetahui. 
Justeru itu, disebabkan kita tidak mengetahui bilanya kita akan mati maka sentiasalah persiapkan diri dengan amalan-amalan yang diperintah oleh Allah sedaya yang mungkin tanpa memikirkan balasannya. Tetapi sampai bilapun sebenarnya amalan kita tidak akan cukup untuk mencapai syurga Allah melainkan dengan Rahmat Allah melalui Doa. Kita hendaklah meminta dengan Allah untuk sampai ke Syurga untuk bertemu Sang Pencipta iaitu Allah Yang Maha Agong 'betapa kerdilnya diri ini yang serba lemah dan hina ini Ya Allah'. 
Kemudian ada juga yang timbulkan 'adakah kita pernah berasa sunyi cuba fikirkan bagaimana sunyi di dalam alam barzakh yang hanya ada malaikat untuk menyoal kita' 'adakah kita terfikir tentang bagaimana ibu ayah, adik beradik yang kita sayang berada dalam kesunyian tersebut' jadi kita hendaklah sama-sama berdoa untuk husnul khotimah supaya malaikat juga mendoakan kita bersama.
Maka dengan itu, kita janganlah bertangguh untuk mengerjakan amal kebaikan, kerana pemikiran yang ingin menangguhkan amal kebaikan adalah datangnya daripada 'hati yang bodoh'. Oleh itu, marilah sama-sama kita ingat-memperingati antaran satu sama lain untuk mencapai husnul khotimah.