pas for all

Wednesday, 29 December 2010

detik kepergian nabi muhammad S.A.W

video

sahabat-sahabat sekalian lihatlah betapa sayangnya nabi muhammad s.a.w terhadap kita umatnya
walaupun pada saat-saat akhir nabi muhammad s.a.w tetap pentingkan umatnya 

tetapi kita masih tidak sedar
masih dengan cara hidup yang lalai daripada ALLAH 
SEDARLAH(untuk diri sendiri juga) kita hanya sementara di dunia ini
walhal kekasih ALLAH yang maksum pun dijemputNYA 
apatah lagi kita yang amalannya tak seberapa

FIKIR-FIKIRKANLAH
ALLAH telah mengurniakan akal untuk kita berfikir

SELAWAT dan SALAM untuk junjungan nabi muhammad s.a.w dan para sahabat dan kaum keluarga 
BAGINDA

wallahua'lam

Tuesday, 28 December 2010

seorang waled yang amat penyayang tetapi tegas

bismillahirrahmanirrahim

seorang waled yang telah kembali ke rahmatullah(semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atasnya)
waled merupakan seorang yang amat mementingkan ilmiah
ketika anak-anak masih kecil waled telah mengajar mereka mengaji
kemudian dengan contoh-contoh yang waled tunjukkan telah membuat anak-anak sedar akan kepentingan ISLAM

waled tidak kisah anaknya mendapat keputusan yang tidak memuaskan
bahkan masih memberi sokongan terhadap mereka supaya mendapat lebih baik pada masa akan datang
 kerana waled tahu apa itu redha terhadap ketetapan yang telah dikurniakan....

setiap hari waled akan solat jemaah bersama anak-anak dan umi untuk menguatkan ikatan kekeluargaan
walaupun waled telah mengajar mengaji tetapi masih memanggil ustaz datang rumah untuk mengajar anak-anak lebih mendalam lagi tentang AL-QURAN

kemudian waled telah dikurniakan seorang anak yang boleh dikatakan cerdik kerana 
anaknya ini cepat belajar
terus membaca AL-QURAN bersama abang dan kakaknya walaupun masih kecil
anaknya yang seorang ini berlainan daripada yang lain
lebih mengikut kepala sendiri(suka memberontak)
tetapi waled tetap sabar menghadapinya

kemudian anaknya ini perlu memasuki asrama tetapi dia tidak mahu
waled pun berbual secara berdua dengan anaknya sehingga membisukan anaknya dengan kata-kata yang sungguh menyayat hati sehingga mengalirkan air mata seorang yang keras kepala

waled mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anaknya
dengan akhlak yang ditunjukkan membuat si anak sedar akan kehidupan yang bermakna
alhamdulillah
si anak kini berada di peringkat universiti
diharapkan anak dapat mencontohi apa yang telah waled lakukan
seperti 
yang FARDHU jangan ditinggalkan
membaca AL-QURAN serta maksudnya
solat JEMAAH
menikmati NIKMAT yang telah dikurniakan dengan sebaiknya(anggota,otak)
irat silaturrahim dengan MENZIARAHI keluarga, sahabat(jauh @ dekat)
MEMBANTU mereka yang memerlukan(duit, tenaga)
SABAR dalam menghadapi liku-liku kehidupan
ISTIQAMAH dalam amalan

wallahua'lam.......



Friday, 24 December 2010

dimulakan dengan basmalah

mencipta blog yang baru untuk kegunaan yang baru dan lebih berfaedah diharapkan
apa yang dapat dikongsikan sekarang ini ialah.....
apa erti seorang sahabat???
sekiranya anda telah menyatakan anda sahabat seseorang maka
anda telah bersedia untuk bersusah bersama dengannya

apa yang kita nampak sekarang ini ialah
berkawan ketika senang sahaja
apabila dalam kesusahan kita ditinggalkan
kenapa perkara ini terjadi???

pada pendapat saya ia terjadi kerana
tiada ukhuwah yang utuh di antara kita
bersahabat kerana kesenangan bukan kerana ALLAH
oleh itu, ia tidak jelas fungsi kita sebagai sahabat

wow,,,seriusnya saya tulis(perasan jer)
kerana ukhuwah itu sesuatu yang penting
yang insan sekarang terlupa....
pikir2kanlah(peringatan untuk diri sendiri juga)