pas for all

Wednesday 12 August 2015

Syukur

Diri ini selalu lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah bagi. Sekecik-kecik perkara kita selalu tak sedar bahawa ia merupakan nikmat yang Allah bagi. Walhal nikmat menaip ini juga Allah yang bagi. 

Duduk di wakaf tepi jalan sepanjang kawasan industri keramat ni pun dah ada pelbagai nikmat yang wajib kita syukuri. 

Kita banyak sangat mengeluh, resah dan alasan dalam hidup. Itu yang membuat hidup kita tidak tenang dan terumbang ambing. 

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku dengan perintahMu. Kau kurniakanlah aku nikmat ketenangan dalam jiwa ini. Lapangkanlah mindaku. Sentiasalah tunjukkan aku jalan yang lurus iaitu jalan yang kau redhai.

No comments:

Post a Comment