pas for all

Wednesday 19 March 2014

Anak Muda Tolak Konsert Liar

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar pembaca sekalian? (budget ada yang baca jer)

Baru-baru ni negara kita yang tercinta gempar dengan kematian anak muda di konsert tertutup di Bukit Jalil.

Tidak habis pasal MH370, timbul pula mengenai perkara yang dahsyat ni bagi pandangan saya.

Konsert tertutup ni orang biasa-biasa takkan tahu sekiranya dia seorang yang memang terhindar daripada perkara sosial begini.

Kesemua rakan-rakan yang ditanya mengenai konsert ini tidak tahu akan kewujudan konsert ini di Malaysia, hanya tahu setelah Allah nak tunjukkan apa yang berlaku di sebalik kejadian. Allahurabbi, Allah Maha Besar.

Dengan kuasa Allah, konsert yang tertutup terus jadi terbuka.

Anak muda sebeginikah yang kita banggakan. Bukalah mata wahai pemimpinku yang memerintah Malaysia kini. Inikah negara aman yang diwar-warkan.

Kemudian, dikejutkan pula dengan konsert Life In Color Malaysia yang akan diadakan di Sepang.

Alhamdulillah, konsert tersebut dibatalkan...

Anak muda semua, bangkitlah kerana kita yang akan memerintah pada masa akan datang insyaAllah.

Harapnya, fahamlah apa yang hendak disampaikan walaupun rasa macam terabur dan serabut.

Penulisan ini hanya untuk diri sendiri

Wallahua'lam


Wednesday 12 March 2014

Sesuatu Usaha



Assalalamualaikum W.B.T

Masih lagi ikuti perkembangan mengenai MH370

Pelbagai usaha dijalankan bagi menemui kapal terbang tersebut tetapi ada sesuatu matlamat itu perlulah diusahakan dengan cara yang ALLAH Redha. Bukannya dengan mencari bomoh atau dukun sebagai salah satu usaha, itu semua adalah khurafat dan ALLAH tidak suka akan perbuatan tersebut.
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Perkara yang ALLAH benci ini dilakukan secara terbuka dan mempunyai liputan media. Allahurabbi, adakah ini negara ISLAM sebagai agama rasmi?? 
Semoga ALLAH pelihara diri kita daripada terpengaruh kepada perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH.
Sentiasalah kita berfikir, jalan yang kita ambil ini atau sesuatu perkara yang kita lakukan di sukai atau dibenci oleh ALLAH YANG MAHA AGONG.

Wallahua'lam



Monday 10 March 2014

PRAY4MH370


Assalamualaikum W.B.T 

Today I would like to share to all of you about what to do when we want to know something that we cant reach it immediately.

Actually, I got the information from Ustaz Ahmad Dusuki (https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki?hc_location=timeline). You can like the page then take any info from there.

Ketika saat resah menunggu jawapan, Allah mengajar kita agar selalulah 
1) Memuhasabah diri dan keadaan, kerana mungkin sahaja ada kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan.
2) Berdoa dan bergantung harap kepadaNya dengan penuh pengharapan kerana dia sahaja yang sebaikNya pemberi keputusan dalam setiap kejadian.
3) Elakkan dari pertengkaran dan permusuhan yang tak berkesudahan, kerana disaat resah dan gelisah ini senang sahaja dirasuki syaitan.
4) Sebutlah kebaikan yang pernah dilakukan dalam munajat kepada Tuhan sekelian alam, kerana mungkin sahaja kebaikan itu mendatangkan belas ehsan Tuhan kepada hambaNya yang ia bersifat penyayang.
4) Hampirkan diri dengan orang yang dikasihiNya, ulama' dan waliNya dibumi yang semakin gersang ini, kerana doa merekalah yang memudahkan urusan.
5) Tinggalkan maksiat yang seringkali dan pernah dilakukan, kerana maksiat itulah penyebab keresahan..
*Dedikasi untuk hamba Allah yang masih keresahan!!! Penerbangan yang masih tiada keputusan!!!

Its hard to translate this sentence from BM to BI. Hehehe..
#Pray 4 MH370

Thank You
Get this picture from Dewan Ulama Pas Pusat Page