pas for all

Wednesday 24 December 2014

Hadis yang mudah untuk dihafal - Solat Tiang Agama



HADIS 1 - SOLAT TIANG AGAMA

رَءْسُ الْاَمْرِ الْاِسْلَامُ، وَعَمُوْدُهُ الصَّلَاةُ


Maknanya : Puncak urusan adalah islam, dan tiang-tiangnya adalah solat (Riwayat At-Tirmizi)


Betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah yang lemah. Solat adalah amalan yang akan ditimbang terlebih dahulu ketika Yaumul Mizan iaitu hari pertimbangan.

Sama-samalah kita mempelajari cara solat yang sempurna bagi membolehkan solat kita mencegah diri kita daripada melakukan perkara yang keji dan munkar.

Selain itu, dalam keadaan saudara-saudara kita di Pantai Timur Malaysia yang mengalami bencana banjir yang luar biasa. Marilah kita sama-sama berdoa dan melaksanakan solat hajat serta memberi bantuan kepada mereka dalam apa jua bentuk sumbangan yang termampu kita berikan.

Rebutlah peluang dalam melaksanakan pelaburan yang tiada kerugian padanya. Yakinlah rezeki kita semua telah ditetapkan oleh Allah, dan Allah akan melipat kali gandakan rezeki kita sekiranya kita menyumbang ke jalan yang diredhaiNYA.

Untuk memberi sumbangan boleh tengok post sebelum ini.

http://syahidahzulkifli.blogspot.com/2014/12/big-flood-tide-at-east-coast.html

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment