pas for all

Saturday 5 January 2013

KEMATIAN

Tazkirah pendek antara maghrib dan isyak

Bagusnya masih ada dalam kalangan ahli geng surau A yang berfikir mengenai 'adakah kita dapat rasa kematian kita bakal memanggil' daripada pertanyaan itulah yang mencetuskan tajuk 'kematian'. Selain itu, ada  juga yang timbulkan terdapatnya tanda-tanda bagi mereka yang menghampiri kematian tetapi hanya dapat dilihat oleh mereka yang tertentu yang diberi izin oleh Allah seperti alim ulama. Beruntungnya mereka ada juga yang Allah beri petunjuk untuk kita kembali sedar dan berpatah balik ke jalan yang mendekatkan diri dengan Allah Yang Maha Mengetahui. 
Justeru itu, disebabkan kita tidak mengetahui bilanya kita akan mati maka sentiasalah persiapkan diri dengan amalan-amalan yang diperintah oleh Allah sedaya yang mungkin tanpa memikirkan balasannya. Tetapi sampai bilapun sebenarnya amalan kita tidak akan cukup untuk mencapai syurga Allah melainkan dengan Rahmat Allah melalui Doa. Kita hendaklah meminta dengan Allah untuk sampai ke Syurga untuk bertemu Sang Pencipta iaitu Allah Yang Maha Agong 'betapa kerdilnya diri ini yang serba lemah dan hina ini Ya Allah'. 
Kemudian ada juga yang timbulkan 'adakah kita pernah berasa sunyi cuba fikirkan bagaimana sunyi di dalam alam barzakh yang hanya ada malaikat untuk menyoal kita' 'adakah kita terfikir tentang bagaimana ibu ayah, adik beradik yang kita sayang berada dalam kesunyian tersebut' jadi kita hendaklah sama-sama berdoa untuk husnul khotimah supaya malaikat juga mendoakan kita bersama.
Maka dengan itu, kita janganlah bertangguh untuk mengerjakan amal kebaikan, kerana pemikiran yang ingin menangguhkan amal kebaikan adalah datangnya daripada 'hati yang bodoh'. Oleh itu, marilah sama-sama kita ingat-memperingati antaran satu sama lain untuk mencapai husnul khotimah.

No comments:

Post a Comment