pas for all

Tuesday 28 December 2010

seorang waled yang amat penyayang tetapi tegas

bismillahirrahmanirrahim

seorang waled yang telah kembali ke rahmatullah(semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atasnya)
waled merupakan seorang yang amat mementingkan ilmiah
ketika anak-anak masih kecil waled telah mengajar mereka mengaji
kemudian dengan contoh-contoh yang waled tunjukkan telah membuat anak-anak sedar akan kepentingan ISLAM

waled tidak kisah anaknya mendapat keputusan yang tidak memuaskan
bahkan masih memberi sokongan terhadap mereka supaya mendapat lebih baik pada masa akan datang
 kerana waled tahu apa itu redha terhadap ketetapan yang telah dikurniakan....

setiap hari waled akan solat jemaah bersama anak-anak dan umi untuk menguatkan ikatan kekeluargaan
walaupun waled telah mengajar mengaji tetapi masih memanggil ustaz datang rumah untuk mengajar anak-anak lebih mendalam lagi tentang AL-QURAN

kemudian waled telah dikurniakan seorang anak yang boleh dikatakan cerdik kerana 
anaknya ini cepat belajar
terus membaca AL-QURAN bersama abang dan kakaknya walaupun masih kecil
anaknya yang seorang ini berlainan daripada yang lain
lebih mengikut kepala sendiri(suka memberontak)
tetapi waled tetap sabar menghadapinya

kemudian anaknya ini perlu memasuki asrama tetapi dia tidak mahu
waled pun berbual secara berdua dengan anaknya sehingga membisukan anaknya dengan kata-kata yang sungguh menyayat hati sehingga mengalirkan air mata seorang yang keras kepala

waled mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anaknya
dengan akhlak yang ditunjukkan membuat si anak sedar akan kehidupan yang bermakna
alhamdulillah
si anak kini berada di peringkat universiti
diharapkan anak dapat mencontohi apa yang telah waled lakukan
seperti 
yang FARDHU jangan ditinggalkan
membaca AL-QURAN serta maksudnya
solat JEMAAH
menikmati NIKMAT yang telah dikurniakan dengan sebaiknya(anggota,otak)
irat silaturrahim dengan MENZIARAHI keluarga, sahabat(jauh @ dekat)
MEMBANTU mereka yang memerlukan(duit, tenaga)
SABAR dalam menghadapi liku-liku kehidupan
ISTIQAMAH dalam amalan

wallahua'lam.......



No comments:

Post a Comment