pas for all

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Wednesday, 12 August 2015

Syukur

Diri ini selalu lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah bagi. Sekecik-kecik perkara kita selalu tak sedar bahawa ia merupakan nikmat yang Allah bagi. Walhal nikmat menaip ini juga Allah yang bagi. 

Duduk di wakaf tepi jalan sepanjang kawasan industri keramat ni pun dah ada pelbagai nikmat yang wajib kita syukuri. 

Kita banyak sangat mengeluh, resah dan alasan dalam hidup. Itu yang membuat hidup kita tidak tenang dan terumbang ambing. 

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku dengan perintahMu. Kau kurniakanlah aku nikmat ketenangan dalam jiwa ini. Lapangkanlah mindaku. Sentiasalah tunjukkan aku jalan yang lurus iaitu jalan yang kau redhai.

Wednesday, 18 March 2015

KARIER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN SELURUH ALAM INI

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA SAW



KARIER SEKARANG

ADMIN DI PASTI MUHAMMAD AL-FATEH KG. BARU KL

https://www.facebook.com/PASTIMuhammadAlfatehKgBaruKL

SETIAUSAHA DI GH MANAGEMENT SOLUTIONS SDN BHD

BEKERJA DENGAN JEMAAH PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

BISNES ONLINE - MANAGER AT JEANS BUDDIEZ
JUAL DENIM SKIRT

https://www.facebook.com/jeansbuddiez.denimskirt

IG SHOP : @JEANSBUDDIEZ_DENIMSKIRT

http://jeansbuddiez.blogspot.com/


Mengenai kerjaya ni, ramai yang cari kerja untuk cari duit semata.

Kumpul duit banyak-banyak lepas tu enjoy.

Tapi bukan semua orang macam tu. 

Kita kena ingat mengingati sesama kita agar setiap apa yang kita lakukan hendaklah balik kepada Sang Pencipta iaitu ALLAH

Sekian, Terima Kasih

Monday, 26 January 2015

Selawat





Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW

Diri kita sering terlupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Ia kerana kita tidak menjadikannya rutin harian untuk berselawat

Sekiranya kita tahu kelebihan berselawat ke atas junjungan kita pasti kita akan sentiasa berselawat

Yeke?? Kadang-kadang kita dah tahu kelebihan sesuatu amal pun masih susah untuk dilaksanakan

Kenapa ye??

Kerana kita masih tidak meletakkan Allah dan Rasul sebagai yang utama

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad

Astaghfirullahala'zim

Apabila kita SEKALI berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, SEPULUH kali Allah berselawat kepada kita

Hadith Sahih:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." [Sahih Muslim-0408]

Mari sama-sama kita berusaha selawat sebanyak mungkin kepada Nabi Muhammad SAW

Kelebihan berselawat:

https://albakriah.wordpress.com/2014/01/12/hadis-sohih-kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-muhammad-s-a-w/







Wednesday, 24 December 2014

Hadis yang mudah untuk dihafal - Solat Tiang Agama



HADIS 1 - SOLAT TIANG AGAMA

رَءْسُ الْاَمْرِ الْاِسْلَامُ، وَعَمُوْدُهُ الصَّلَاةُ


Maknanya : Puncak urusan adalah islam, dan tiang-tiangnya adalah solat (Riwayat At-Tirmizi)


Betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah yang lemah. Solat adalah amalan yang akan ditimbang terlebih dahulu ketika Yaumul Mizan iaitu hari pertimbangan.

Sama-samalah kita mempelajari cara solat yang sempurna bagi membolehkan solat kita mencegah diri kita daripada melakukan perkara yang keji dan munkar.

Selain itu, dalam keadaan saudara-saudara kita di Pantai Timur Malaysia yang mengalami bencana banjir yang luar biasa. Marilah kita sama-sama berdoa dan melaksanakan solat hajat serta memberi bantuan kepada mereka dalam apa jua bentuk sumbangan yang termampu kita berikan.

Rebutlah peluang dalam melaksanakan pelaburan yang tiada kerugian padanya. Yakinlah rezeki kita semua telah ditetapkan oleh Allah, dan Allah akan melipat kali gandakan rezeki kita sekiranya kita menyumbang ke jalan yang diredhaiNYA.

Untuk memberi sumbangan boleh tengok post sebelum ini.

http://syahidahzulkifli.blogspot.com/2014/12/big-flood-tide-at-east-coast.html

Wallahua'lam.


Tuesday, 23 December 2014

update blog after a long time leave it

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua. Dah lama betul tak update blog ni. Langsung tak jengah blog ni... 
Ceh,,,, macam la selama ni selalu update blog (perasan je lebih)..
Setiap hari just buang masa dengan membca cerpen or baca e-novel dari blog-blog lain..

Antara blog-blog yang selalu jengah :-

1. arshanew.blogspot.com/
2. isterikuicequeen.blogspot.com/
3. wrehan.blogspot.com
4. hasilpenulisanku.blogspot.com/
5. ffilaanaher.blogspot.com/
6. enovel-link.blogspot.com/
7. secebisceritera.blogspot.com/
8. ashas-handwriting.blogspot.com/
9. nexx-novel.blogspot.com/
10. rosabiancamawarputih.blogspot.com/
11. shiroesherry.blogspot.com/
12. watashinosara.blogspot.com/
13. ian90asynata.blogspot.com/
14. www.penulisan2u.my/

Boleh kata hari-hari jengah blog ni... if ada update kita akan baca, if tak just leave it.. hihi
Selain tu, update pasal perniagaan denim skirt yang berkongsi dengan sahabatku di kampus...

Rajin-rajin jengah la page Fb ku hihihihi...

https://www.facebook.com/jeansbuddiez.denimskirt

Jual denim skirt sikit-sikit.... harga berpatutan and selesa (sempat promote hihihi)
Kasi gambar sikit hihiih.....






Sebenarnya... inilah kali pertama saya tulis perkara yang macam tak perlu diupdate pon...
Macam tak ada manfaat, tapi entah la... sebab rasa nak menulis pulak,,,

SELAIN TU, APA YANG DAPAT KITA LIHAT SENDIRI DARI HASIL PENULISAN NI ADALAH....

HIDUP KITA BANYAK DIHABISKAN DENGAN PERKARA YANG MACAM SIA-SIA  (TAPI TAK BOLEH 
JUGAK CAKAP SIA-SIA SEBAB ADA MANFAATNYA JUGAK DARIPADA PENULIS) KITA KENA PANDAI 
AMIK APA YANG DAPAT BERI MANFAAT PADA DIRI SENDIRI....

SEBAB HOBI NI TAK SALAH!!!! YANG SALAH ADALAH MACAM MANE KITA URUSKAN HOBI TU......
ADAKAH KITA LAYAN HOBI KITA SAMPAI LALAI DARIPADA BERIBADAH KEPADA
SANG PENCIPTA KITA?????
RENUNG-RENUNGKAN......

InsyaAllah adalah manfaatnya daripada blog ni.....

Saya memerlukan nasihat daripada sesiapa yang baca blog ini.... Apa-apa nasihat yang dapat menaikkan semangat diri atau apa-apa sahaja untuk kebaikkan....

:)

Wednesday, 9 July 2014

Pray 4 Gaza

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T





Kita yang tiada di tempat mereka hanya dapat menyampaikan doa kepada saudara se-Islam kita di sana.
Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, kita sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi bantuan serta kemenangan kepada seluruh umat Islam khususnya di Gaza, Syria, Mesir, dan negara Islam yang lain termasuk juga Malaysia insyaAllah. 

Wallahua'lam

Thursday, 26 June 2014

Persediaan

Ramadhan bakal tiba,
Tapi bagaimana persediaan kita?,
Adakah sudah cukup semuanya?,
Dari awak hingga akhirnya.

#Pray4Ummah

Tuesday, 18 February 2014

Feeling Lost



Assalamualaikum w.b.t

Just want to share my feeling during this semester break.

Its started in mid of feb, when I came back home. I did not fill my break with good starter.

Then it continue like that. Actually I already plan my break nicely because I have an assignment to settle and submit first week of new semester.

But, all of it just burn like that.

Oh, ALLAH..

I just follow my nafsu, just read novels, e-novels, short story and so on.

Sometimes I think that I take a wrong way when I choose my way of education.

Just because I follow my family decision, but I think it deeply.

It is not important anymore because now is my last semester to finish my degree study.

Oh ALLAH, I cannot think anymore.

Luckly I have a bestfriend that support me and she told me what to do right now.

ALHAMDULILLAH.

Actually, everything we just have to back to ALLAH THE ALMIGHTY

Thats all..

tergantung sangat sbb tak tau nak luah mcm mane...

Sunday, 9 February 2014

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t 

Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad saw

Sepanjang cuti sem kali ini,
Diri ini berasa amat kekurangan dan serba tak kena,
Tidak melakukan rutin yang dilakukan ketika di kolej,
Melakukan perkara-perkara lagha,
Tengok tv, baca novel, youtube dan lain-lain,
Tetapi diri ini masih terus melakukan perkara-perkara tersebut,
kadang-kadang rajin,
kadang-kadang malas,
kadang-kadang serabut,
kucar-kacir semuanya,
Pekakkan telinga mendengar bebelan umi,
Yang sentiasa peringatkan anaknya ke arah kebaikan sebenarnya,
Tetapi,
hati ini seakan kering,
hati ini seakan mati (nauzubillah min zalik)
Masih juga mengikut nafsu diri,
Melakukan perkara-perkara yang sia-sia,
Melakukan dosa-dosa (astaghfirullah)
Terus melakukan,
Sampai satu tahap,
Diri ini sendiri tertanya-tanya,
Apa yang aku lakukan ini,
Apa yang aku dah buat ini,
Teringat ceramah di mana tak ingat,
Apabila kita melakukan maksiat,
Allah tidak akan terima amalan kita selama 40 hari (Allahurabbi),
Betapa teruknya diri ini,
Perasaan takut mula timbul,
Mencari kembali,
Jalan untuk kembali,
Ketika buka Fb tadi ada tengok video yang dikongsi oleh seorang sahabat,
Syair Imam Ahmad Hambal,

Kembali berfikir,
Dan merenung syair tersebut,
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah


Monday, 6 January 2014

Pesanan kakak kepada adik-adik

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Sepanjang hidup di UKM KL, aku tidak terfikir untuk melakukannya dengan alasan tiada siapa yang memberi tunjuk ajar. Hidup hanya mengikut hala tuju gitu-gitu saja. Tak ada pun nak buat perancangan. Sampai dah tahun akhir barulah kesedaran timbul dan hati ini tak nak adik-adik bawah ikut perangai kakak yang tidak semenggah ni. Dari segi pelajaran, kehidupan, kewangan, amal ibadat, gerak kerja dakwah dan lain-lain.

Harap sangat adik-adik dapat buat pengurusan untuk semua yang dilakukan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Dan ingat selagi nyawa masih dikandung badan tiada istilah terlambat. Hidup ini bukan untuk disia-siakan tetapi untuk menjadi khalifah dan hamba kepada Allah yang satu.

Pengurusan macam mana yang akak utarakan???
Pembelajaran... Buat jadual belajar, bila ada waktu terluang baca balik nota yang telah belajar. Sebelum tidur baca nota untuk keesokan harinya. Assignment buat diawal waktu sama juga solat diawal waktu yang utama. Bila siap awal hantar awal and maybe boleh dapat feedback daripada pensyarah. Buat study group, bagi akak bila kita belajar ramai-ramai ni dalam 3-5 orang lagi cepat ilmu masuk dan melekat dalam otak. Hadkan masa untuk berFacebook, watching movies, chatting dan lain-lain.

Kewangan... Bagi siapa yang dapat tajaan alhamdulillah.. Bagi siapa yang pinjaman jangan risau, score then boleh tukar kepada tajaan or kurang sikit bayarnya. Aturkan kewangan kita kepada simpanan, yuran, makan minum, infaq, buku-buku dan lain-lain. Supaya apabila dah grad nanti kita ada simpanan dan boleh fikir nak buat apa. Kahwin? Master? Bisnes?

Keluarga... Make sure telefon famili dekat kampung berapa kali seminggu or call umi setiap hari, tanya sihat atau tak, minta doa dan lain-lain. Bukannya telefon bila nak duit saja. Hubungan jaga dengan famili, bila dengan orang luar kita boleh buat baik kenapa dengan famili tak boleh. Fikir-fikirkan????

Amal ibadat... Tahajjud, solat jemaah, solat awal waktu, alquran 1 hari satu helai, solat sunat rawatib, istighfar 100x, selawat, baca almulk sebelum tidur, solat sunat witir, hadir majlis ilmu dan lain-lain.

Gerak kerja dakwah... Sentiasa

Sedikit sebanyak yang terkandung di kepala dan diluahkan. Semoga mendapat manfaat. Letakkanlah priority kepada semua perkara yang kita lakukan untuk mendapatkan redha Ilahi. Apa yang kita lakukan semua Lillahitaala.

DOA ITU PENTING.. Nak dapatkan semua perkara dengan memohon dengan Yang Maha Kuasa kerana hanya Allah yang mampu menunaikan segalanya walhal hanya menggerakkan jari, semua datang dari Allah.

Wednesday, 20 November 2013

Muhasabah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. 2 nikmat ini sering kali dilupai oleh manusia, nikmat yang sangat besar Allah beri kepada kita untuk beribadah kepadaNya dengan penuh senang hati. Kita sering kali lalai untuk mengisi dua nikmat ini dengan perkara yang berfaedah. Kita penuhi nikmat ini dengan perkara yang tidak berfaedah seperti melayari laman sosial, bersembang, menonton televisyen dan lain-lain. 
Apabila Allah tarik balik salah satu nikmat ini atau kedua-duanya sekali, kita akan merungut dan menyalahkan orang lain atas kesusahan yang menimpa. Kita akan mencipta pelbagai alasan untuk melakukan ibadah kepada Allah. Betapa tidak bersyukurnya kita terhadap apa yang Allah telah kurniakan. Allah ingin menghapuskan dosa kita atas kesakitan yang diberi. Dosa yang kita lakukan ketika 2 nikmat ini dikurniakan kepada kita. Kita perlu bersabar di atas kesakitan yang Allah timpakan ke atas diri kita. 
Kita perlu sentiasa muhasabah apa yang telah kita lakukan sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang bulan atau berapa lama kita telah hidup. Apa yang telah kita lakukan, adakah segala perbuatan kita mendapat keredhaan daripadaNya.
Allahurabbi. Ampunkan segala dosa yang telah diri ini lakukan. Diri ini serba kekurangan, lemah lagi hina ya Allah. Ampunkanlah ya Allah.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

ولاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Wednesday, 4 January 2012

ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS Az-Zumar, 39:53]

Sahutlah peluang yang telah Allah kurniakan kepada kita.

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan mengaiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS An-Nisa', 4:110]

Teruskan rendahkan hati kita dengan memohon ampun kepada Allah.

"Demi Allah, sesungguhnya saya itu memohon keampunan kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari 70 kali." [HR Bukhari]

"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripada-Nya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari (sebanyak) 100 kali." [HR Muslim]

Sedangkan Baginda sendiri yang Maksum begitu aktif, apatah lagi kita yang lemah lagi hina yang banyak melakukan dosa.

Peringatan bersama, Wallahua'lam.


Thursday, 20 October 2011

KEKUATAN

bismillahirrohmanirrohim

exam dah nak dekat tapi masih tak ready or revise subjects yang masuk exam
macam mane ni???

nak cakap tak cukup waktu, rasanya cukup tapi diri sendiri yang malas nak revise...
macam mane ni????

kawan-kawan semua dah ready, pergi ziarah diorang dekat bilik semua tengah baca buku....tekun semua...diri ni jealous tengok kadang-kadang buat diri ni tertekan dengan sibuk kita, tapi kawan-kawan lain dapat tumpu ke buku kita pergi meeting
macam mane ni?????

jumpa kakak senior cakap kita tak belajar lagi, dia cakap walau sibuk mana pun kena curi masa untuk study juga, curi baca nota....tapi diri ni macam tak reti nak buat benda lain kalau dah tumpu sesuatu kerja
macam mane ni??????

mohonlah KEKUATAN dari ALLAH untuk menyelesaikan segalanya, kembali balik kepada ALLAH kerana  DIA sahaja yang dapat membantu kita dengan syarat kita kena bersungguh-sungguh dan IKHLAS dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan......mengadulah pada PENCIPTA kita kembali.....