pas for all

Wednesday 12 August 2015

Syukur

Diri ini selalu lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah bagi. Sekecik-kecik perkara kita selalu tak sedar bahawa ia merupakan nikmat yang Allah bagi. Walhal nikmat menaip ini juga Allah yang bagi. 

Duduk di wakaf tepi jalan sepanjang kawasan industri keramat ni pun dah ada pelbagai nikmat yang wajib kita syukuri. 

Kita banyak sangat mengeluh, resah dan alasan dalam hidup. Itu yang membuat hidup kita tidak tenang dan terumbang ambing. 

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku dengan perintahMu. Kau kurniakanlah aku nikmat ketenangan dalam jiwa ini. Lapangkanlah mindaku. Sentiasalah tunjukkan aku jalan yang lurus iaitu jalan yang kau redhai.

Baca buku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahirabbila'lamin segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahua'laihiwasallam.

Sekarang Syahidah tengah baca buku Saiful Nang, Kisah Orang Menang. Tengah baca, belum habis baca lagi. 
Buku ni bagi Syahidah adalah buku yang tak rugi untuk dibaca. Sebenarnya buku apa pun tak rugi untuk dibaca. Tapi buku ni seronok untuk dibaca.
Syahidah jenis x leh lama dengan buku yang kurang seronok. Adohai susah betul. Hihi 
Saranannya bacalah buku ni walaupun diri sendiri belum habis baca haha.

p/s: Dont think about what others talk bad about you. Just do whatever you want to do after you pray to Allah.