pas for all

Monday 6 January 2014

Pesanan kakak kepada adik-adik

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Sepanjang hidup di UKM KL, aku tidak terfikir untuk melakukannya dengan alasan tiada siapa yang memberi tunjuk ajar. Hidup hanya mengikut hala tuju gitu-gitu saja. Tak ada pun nak buat perancangan. Sampai dah tahun akhir barulah kesedaran timbul dan hati ini tak nak adik-adik bawah ikut perangai kakak yang tidak semenggah ni. Dari segi pelajaran, kehidupan, kewangan, amal ibadat, gerak kerja dakwah dan lain-lain.

Harap sangat adik-adik dapat buat pengurusan untuk semua yang dilakukan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Dan ingat selagi nyawa masih dikandung badan tiada istilah terlambat. Hidup ini bukan untuk disia-siakan tetapi untuk menjadi khalifah dan hamba kepada Allah yang satu.

Pengurusan macam mana yang akak utarakan???
Pembelajaran... Buat jadual belajar, bila ada waktu terluang baca balik nota yang telah belajar. Sebelum tidur baca nota untuk keesokan harinya. Assignment buat diawal waktu sama juga solat diawal waktu yang utama. Bila siap awal hantar awal and maybe boleh dapat feedback daripada pensyarah. Buat study group, bagi akak bila kita belajar ramai-ramai ni dalam 3-5 orang lagi cepat ilmu masuk dan melekat dalam otak. Hadkan masa untuk berFacebook, watching movies, chatting dan lain-lain.

Kewangan... Bagi siapa yang dapat tajaan alhamdulillah.. Bagi siapa yang pinjaman jangan risau, score then boleh tukar kepada tajaan or kurang sikit bayarnya. Aturkan kewangan kita kepada simpanan, yuran, makan minum, infaq, buku-buku dan lain-lain. Supaya apabila dah grad nanti kita ada simpanan dan boleh fikir nak buat apa. Kahwin? Master? Bisnes?

Keluarga... Make sure telefon famili dekat kampung berapa kali seminggu or call umi setiap hari, tanya sihat atau tak, minta doa dan lain-lain. Bukannya telefon bila nak duit saja. Hubungan jaga dengan famili, bila dengan orang luar kita boleh buat baik kenapa dengan famili tak boleh. Fikir-fikirkan????

Amal ibadat... Tahajjud, solat jemaah, solat awal waktu, alquran 1 hari satu helai, solat sunat rawatib, istighfar 100x, selawat, baca almulk sebelum tidur, solat sunat witir, hadir majlis ilmu dan lain-lain.

Gerak kerja dakwah... Sentiasa

Sedikit sebanyak yang terkandung di kepala dan diluahkan. Semoga mendapat manfaat. Letakkanlah priority kepada semua perkara yang kita lakukan untuk mendapatkan redha Ilahi. Apa yang kita lakukan semua Lillahitaala.

DOA ITU PENTING.. Nak dapatkan semua perkara dengan memohon dengan Yang Maha Kuasa kerana hanya Allah yang mampu menunaikan segalanya walhal hanya menggerakkan jari, semua datang dari Allah.