pas for all

Wednesday 20 November 2013

Muhasabah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. 2 nikmat ini sering kali dilupai oleh manusia, nikmat yang sangat besar Allah beri kepada kita untuk beribadah kepadaNya dengan penuh senang hati. Kita sering kali lalai untuk mengisi dua nikmat ini dengan perkara yang berfaedah. Kita penuhi nikmat ini dengan perkara yang tidak berfaedah seperti melayari laman sosial, bersembang, menonton televisyen dan lain-lain. 
Apabila Allah tarik balik salah satu nikmat ini atau kedua-duanya sekali, kita akan merungut dan menyalahkan orang lain atas kesusahan yang menimpa. Kita akan mencipta pelbagai alasan untuk melakukan ibadah kepada Allah. Betapa tidak bersyukurnya kita terhadap apa yang Allah telah kurniakan. Allah ingin menghapuskan dosa kita atas kesakitan yang diberi. Dosa yang kita lakukan ketika 2 nikmat ini dikurniakan kepada kita. Kita perlu bersabar di atas kesakitan yang Allah timpakan ke atas diri kita. 
Kita perlu sentiasa muhasabah apa yang telah kita lakukan sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang bulan atau berapa lama kita telah hidup. Apa yang telah kita lakukan, adakah segala perbuatan kita mendapat keredhaan daripadaNya.
Allahurabbi. Ampunkan segala dosa yang telah diri ini lakukan. Diri ini serba kekurangan, lemah lagi hina ya Allah. Ampunkanlah ya Allah.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

ولاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم